100% Dalam Talian

Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA)

  • 100% Kerja Kursus
  • Yuran Perasmian Istimewa Sebanyak RM26K*
  • Setaraf dengan Ijazah Doktor Falsafah
  • Pengajian Separuh Masa (sesuai untuk golongan profesional yang berdepan dengan kekangan masa)

Mengapa Kursus Ini?

Program Doktor Pentadbiran Perniagaan mempersiapkan para pengamal yang kompeten dengan pengetahuan yang luas dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan. Program ini merupakan gabungan kerja kursus, seminar kedoktoran dan disertasi penyelidikan yang bertujuan untuk meningkatkan strategi perusahaan ke arah industri perniagaan yang kompetitif.

Kerja penyelidikan yang diselia akan menyediakan para graduan dengan pengetahuan yang komprehensif tentang Perniagaan dan Pengurusan, pemahaman berfokus serta pelaksanaan bidang kepakaran yang dipilih. Program kedoktoran profesional akan memberi peluang kepada para pelajar untuk menyumbang pengetahuan dan kemahiran. Bukan itu sahaja, sebagai graduan program Doktor Pentadbiran Perniagaan, ia akan meningkatkan kredibiliti dan menunjukkan kecekapan anda dalam bidang kerja yang diceburi sekali gus memacu matlamat profesional anda. Program ini juga membuka lebih banyak peluang kepada para graduan untuk melibatkan diri dalam bidang pengajaran, perundingan, kepimpinan dan penyelidikan.

Mengapa DBA?

  • Fleksibiliti dalam mendapatkan masa konsultasi bersama penyelia dengan membuat temujanji terlebih dahulu
  • 100% Kerja Kursus – Tiada ujian dan peperiksaan akhir dengan hanya 5 kursus untuk diselesaikan
  • Dilaksanakan menerusi seminar kedoktoran untuk meningkatkan perspektif berkenaan industri
  • Disertasi adalah berdasarkan memuaskan/tidak memuaskan (Tidak termasuk dalam pengiraan PNGK)

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang DBA? Kongsikan maklumat anda sekarang!

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Please select the language you wish to browse in

Pilih bahasa pilihan anda

English Bahasa Melayu