Due to high traffic, the page may load slower than usual. Thank you for your patience.

Due to high traffic, the page may load slower than usual. Thank you for your patience.

Due to high traffic, the page may load slower than usual. Thank you for your patience.

Due to high traffic, the page may load slower than usual. Thank you for your patience.

Due to high traffic, the page may load slower than usual. Thank you for your patience.

Due to high traffic, the page may load slower than usual. Thank you for your patience.

a4 flyers unitar x intan v2 1

Daftar Hari Ini

[gravityform id="115" title="false" description="true" ajax="true"]

Apa Itu Inisiatif MBA melalui APEL.Q?

APEL.Q (Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu Bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan) ialah laluan khas yang membolehkan seorang individu memperoleh kelayakan akademik berdasarkan pengalaman kerja, pembelajaran tidak formal, atau kursus pendek yang diikuti sepanjang kerjaya.

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama rasmi antara UNITAR dan JPA-INTAN, dan direka khusus untuk penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan kerajaan.

Melalui inisiatif ini, penjawat awam yang layak boleh mengikuti program Ijazah Sarjana Pentadbiran (MBA) di UNITAR secara PERCUMA — ditanggung sepenuhnya dengan tajaan kerajaan melalui JPA-INTAN dan biasiswa UNITAR.*

freepik a medium shot captures three asian women each arou 56778
freepik a medium shot captures three asian professionals i 45534

Kos MBA Anda: Ditanggung Sepenuhnya

  • Yuran Asal Program: RM30,000
    • 50% Ditaja oleh Kerajaan (melalui JPA-INTAN)*

    • 50% Biasiswa UNITAR*

*Tertakluk pada Terma dan Syarat

Struktur Pembayaran MBA APEL.Q

freepik a portrait shot of a smiling asian woman around 45 45531
text

*Tertakluk pada Terma dan Syarat. Jumlah yuran yang dinyatakan ini tidak termasuk Yuran Graduasi dan Yuran Konvokesyen.

Syarat Permohonan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PEMBERIAN BANTUAN YURAN PENGAJIAN PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU BAGI TUJUAN PENGANUGERAHAN KELAYAKAN (APEL.Q)
 
  1. Penjawat awam yang berkhidmat di Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun (Persekutuan atau Negeri) layak memohon.
  2. Bertaraf jawatan tetap.
  3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam.
  4. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini.
  5. Permohonan hendaklah melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kementerian/ jabatan/ agensi berkenaan dan diperakui oleh Ketua Jabatan.
  6. Memohon peringkat pengajian yang lebih tinggi daripada peringkat pengajian sedia ada yang diperoleh pegawai. Jika pegawai telah memiliki ijazah kedoktoran tetapi masih ingin memohon program pengajian di bawah program APEL.Q, pegawai masih boleh memohon dan akan dipertimbangkan.
  7. Pegawai yang sedang menghadapi pertuduhan tindakan tatatertib dan/ atau prosiding dakwaan di mahkamah tidak layak untuk memohon.
  8. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  9. Pegawai hanya dibenarkan memohon pengajian dari senarai program APEL.Q dalam negara yang telah mendapat kelulusan akreditasi penuh (full accreditation) daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  10. Bidang pengajian yang dibenarkan di bawah program APEL.Q adalah yang berkaitan dengan pengalaman pegawai dalam bidang berkaitan dan perlu mematuhi tempoh minimum tahun pengalaman bagi setiap tahap dalam kerangka Kelayakan Malaysia.
  11. Mod pengajian di bawah program APEL.Q adalah secara separuh masa dan perlu mematuhi kaedah penilaian yang telah ditetapkan oleh MQA dan institusi pengajian tinggi.
  12. Pemberian bantuan yuran pengajian oleh Kerajaan:
    Kerajaan akan memberi bantuan kepada sebahagian daripada yuran pengajian program APEL.Q sehingga 50% atau maksimum sebanyak RM15,000 bergantung kepada mana yang terendah.
  13. Bantuan yuran pengajian ini akan diberikan semasa pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam sahaja.
  14. Permohonan dibuka sepanjang tahun 2025. Walau bagaimanapun, JPA berhak menyemak semula dan membuat sebarang pindaan berdasarkan apa jua keputusan dasar terkini.
Refresh_font_awesome

Download Brochure

[gravityform id="68" title="false" description="false" ajax="true"]